Wednesday, 2 March 2011

Masjid At-Taqwa



Tajuk
Masjid At-Taqwa


Disediakan untuk
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU 551


Disediakan oleh
Mohammad Fahmi Bin Abd Rahim
2010292728
BMB2Bb


Program
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (kepujian) Kewangan
BM222


Tarikh hantar
3 Mac 2011 


                                                                                                                                                                    


SENARAI ISI KANDUNGAN

Abstrak
Pendahuluan
Latar Belakang Masjid
Aktiviti-aktiviti Masjid
Masalah-masalah
Harapan
Pandangan Sendiri
Penutup
Rujukan


                                                                                                                                                                      



ABSTRAK


Masjid adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.

Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat jumaat melebihi tiga kali.
Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.
Ada 3 masjid utama yang dimuliakan umat Islam :
  1. Masjidil Haram di Makkah - tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam.
  2. Masjid Nabawi di Madinah
  3. Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin
Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu:-
  1. Masjid Negara
  2. Masjid Negeri
  3. Masjid Daerah
  4. Masjid Qaryah
  5. Surau



                                                                                                                                                                      



PENDAHULUAN


             Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya telah berjaya untuk menyiapkan tugasan CTU 551 ini dengan jayanya dan juga berjaya untuk menemuramah seorang imam masjid bagi tujuan mendapatkan bahan penulisan saya ini iaitu Masjid At-Taqwa.

            Tugasan ini ditulis adalah untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang masjid yang terdapat di mana saya berasal, Taman PKNK, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Di dalam  tugasan ini saya telah menceritakan tentang latar belakang masjid, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh masjid ini serta masalah-masalah dan cabaran yang dilalui oleh masjid ini.

            Diharapkan agar melalui penerbitan tulisan ini, ramai yang akan dapat mengenali tentang masjid ini dengan lebih rapat serta semua lapisan masyarakat dapat mengimarahkan masjid sebagai satu kewajipan dalam kehidupan seharian agar mendapat kesejahteraan di dunia dan di akhirat.



                                                                                                                                                                       



LATAR BELAKANG MASJID

               Masjid At-Taqwa terletak di Taman PKNK, Alor Setar, Kedah Darul Aman.  Masjid ini ditubuhkan pada 23 Mac 1986 dan telah dirasmikan oleh Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim. 

              Selain itu, masjid ini buleh memuatkan seramai 400 jemaah pada satu masa. Masjid At-Taqwa ini diketuai oleh tiga orang imam iaitu Ustaz Haji Ahmad bin Awang, Ustaz Haji Yusof bin Ahmad dan Ustaz Haji Shahrin bin Kazim. Masjid ini turut juga dibantu oleh dua orang bilal iaitu Hj Abd Rahman bin Abd Halim dan Hj Yahaya b Hj Abu Bakar serta disokong oleh dua orang siak iaitu Hj. Hassan bin Md. Kassim dan Haji Abu Bakar bin Hussein.



 parkir masjid


 Masjid At-Taqwa




                                                                                                                                                                   




AKTIVITI-AKTIVITI MASJID


              Masjid ini mengadakan banyak aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat dan faedah.  Aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan seperti kuliah mingguan dan tazkirah subuh.  Kuliah-kuliah mingguan dan tazkirah subuh ialah aktiviti tetap di masjid ini. kuliah mingguan diadakan pada setiap hari Isnin dan Rabu selepas solat magrib dan tazkirah subuh diadakan pada setiap hari selepas solat subuh. Kuliah mingguan disampaikan oleh imam masjid At-Taqwa sendiri juga oleh penceramah luar yang dijemput oleh pihak masjid.

      Seperti masjid-masjid yang lain, masjid ini juga selalu mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan luar dan dalam masjid. Ini penting kerana persekitaran yang bersih membolehkan para jemaah melakukan ibadah dengan kusyuk.  Kebersihan juga adalah sebahagian daripada iman.  Oleh yang demikian, siak akan memastikan kawasan masjid sentiasa dalam keadaan yang bersih dan teratur. 

      Seterusnya, aktiviti yang wajib dilaksanakan di setiap masjid ialah sembahyang fardhu secara berjemaah. Selain dari sembahyang fardhu, masjid ini juga akan mengadakan bacaan yassin pada malam jumaat.  Sembahyang terawih juga diadakan pada bulan Ramadhan, seterusnya sembahyang sunat hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.  Pada 10 malam terakhir bulan ramadhan masjid ini menganjurkan solat-solat sunat tahajud. 
        Masjid At-Taqwa ini juga meraikan sambutan-sambutan seperti sambutan maulidur rasul, maal hijrah, israk mikraj, awal muharam, nisfu saaban. Contohnya seperti pada maulidur rasul, pihak masjid mengadakan kenduri makan dalam talam selepas solat zohor serta melakukan solat tahajud pada awal pagi. pada sambutan hari raya korban, pihak masjid mengadakan aktiviti penyembelihan lembu yang dilaksanakan oleh imam masjid ini iaitu ustaz  Ahmad in Awang.


                                                                                                                                                             


MASALAH-MASALAH

Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh masjid At-Taqwa ini ialah

  1. Kurangnya golongan remaja pergi mendirikan solat fardhu di masjid

Antara masalah utama yang dihadapi oleh masjid ini ialah kekurangan remaja untuk berjemaah bersama-sama di masjid. Remaja yang hadir untuk berjemaah di masjid ini adalah begitu kurang. Hal ini mendatangkan kerisauan dikalangan jemaah terutamanya imam masjid tersebut.


Bilangan remaja yang hadir untuk berjemaah adalah begitu sedikit terutama pada solat maghrib, isyak,dan subuh. Ini merisaukan penduduk kerana mereka bimbang remaja akan melakukan aktiviti lain yang tidak bermanfaat di luar.


                      Imam masjid ini turut mengesa para remaja untuk menunaikan solat jemaah bersama-sama. Namun begitu, bilangan remaja yang hadir ke masjid masih dalam bilangan yang sedikit walaupun nasihat demi nasihat diberikan kepada golongan remaja untuk menunaikan solat berjemaah.



  1. Kes-kes kecurian

                      Kes-kes kecurian banyak juga berlaku di masjid in. antara kes-kes kecurian seperti curi duit tabung masjid, curi selipar dan curi kenderaan seperti motosikal. Oleh yang demikian, pihak masjid telah memberi peringatan kepada semua jemaah di masjid ini, dengan menampalkan peringatan tentang kes-kes kecurian di dinding-dinding masjid.




    c.                                                                 Masjid tanpa jumaat
Seterusnya, masalah yang dihadapi oleh masjid ini tidak mendapat kelulusan daripada pihak jabatan agama negeri Kedah untuk mengerjakan solat jumaat di situ. Sebabnya masjid ini tidak mendapat kelulusan kerana terdapat sebuah lagi masjid yang berdekatan iaitu Masjid Al-Bukhary.



                                                                                                                                                                       



HARAPAN

 
                     Pihak masjid terutamanya imam mengharapkan agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Ini kerana masjid itu merupakan tempat tumpuan utama umat islam berjemaah. Selain itu masjid ini merupakan tempat untuk menunaikan solat fardhu.





                  Mereka berharap agar masalah yang dihadapi ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat. Ini supaya penduduk dapat menunaikan solat dengan tenang tanpa gangguan.Imam masjid ini juga berharap agar keluasan masjid ini dapat ditambah bagi mengelak kesesakan jemaah pada hari tertentu seperti pada hari raya.

                Imam masjid At-Taqwa, Ustaz Haji Ahmad bin Awang mengharapkan lebih ramai penglibatan golongan-golongan muda ke masjid juga mendapat kelulusan darpada pihak jabatan agama negeri Kedah untuk mengerjakan solat jumaat di masjid ini pada masa akan datang.



                                                                                                                                                  





PANDANGAN SENDIRI


                Saya juga berharap agar masalah-masalah yang dihadapi oleh masjid At-Taqwa dapat diselesaikan. Pihak-pihak yang berkenaan seharusnya mengambil langkah yang sewajarnya dalam menanganinya.


        Pada pandangan saya, masjid ini merupakan suatu institusi yang penting di kawasan ini. Masjid ini berfungsi sebagai tempat untuk beribadat , mempelajari dan mendalami ilmu agama, serta untuk menyatukan penduduk-penduduk terutamanya pada hari-hari perayaan dan sebagainya.


          Masjid ini juga banyak memberi banyak manfaat kepada penduduk di sekitarnya. Bagi saya, pihak yang berkenaan perlu menambahbaikan beberapa kemudahan lain yang mungkin boleh memudahkan penduduk untuk menunaikan solat.




                                                                                                                                                   





PENUTUP


               Secara kesimpulannya, masjid At-Taqwa memainkan banyak peranan kepada penduduk di sekitarnya. Masjid ini juga begitu penting kerana ia berfungsi sebagai pusat ilmu di kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya.


                  Usaha-usaha untuk menjaga masjid ini seharusnya dijalankan agar masjid ini dapat bertahan lebih lama untuk generasi yang akan datang terutama yang berada di taman ini. Para penduduk juga haruslah sentiasa hadir untuk menunaikan solat bersama agar masjid ini tidak sunyi daripada jemaah.








                                                                                                                                                     






RUJUKAN



Masjid At-Taqwa

Ustaz Haji Ahmad Bin Awang

Haji Abd Rahim Bin Saad